Flower Chimp menawarkan penghataran percuma di Malaysia


Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.


Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.




Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu,




Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka.



Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima.


Pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.


Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.


Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

Hubungi kami:

Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph
Mengenai Flower Chimp
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com. Sila hubungi Jabatan Pehubungan Awak kami menerusi emel: pr@flowerchimp.com atau telefon bimbit: +6013-886 9948 untuk sebarang pertanyaan berkaitan media.

Pameran ''Pesta makanan Thai 'Sabai-Sabai' 2018"


Rasai budaya Thai, makanan dan pelbagai persembahan Thai di 'Sabai Sabai Thai Food Festival 2018'! Dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan Antarabangsa Promosi, Kementerian Perdagangan Thailand (DITP), HeroMarket dan HPG Marketing (M) Sdn Bhd,
festival ini diadakan di semua 24 gerai Pasaran HERO dari 3 - 31 Ogos. 2018.


Majlis perasmian telah diadakan di Berjaya Time Square pada 3 Ogos 2018, dan upacara kedua yang sama diadakan di HeroMarket Desa Tebrau pada 16 Ogos 2018.

Sabai Sabai, yang bermaksud rasa bahagia, santai atau selesa, dengan sempurnanya
merangkumi budaya dan gaya hidup Thai. Dengan tema ini, pesta ini telah menampilkan
pelbagai produk makanan Thai dan makanan ringan yang akan dijual di HeroMarket seluruh negara. Selain itu, terdapat banyak tawaran-tawaran istimewa untuk produk Thailand terpilih.

Cik Patcha Wutipan daripada Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand berkata, “Ini adalah 'Pesta Makanan Thai SabaiSabai 18’ yang pertama dianjurkan bersama HeroMarket dan kami menjangka lebih daripada 70,000 pengunjung sepanjang
tempoh perayaan. Sejak kebelakangan ini, kami melihat peningkatan dalam permintaan
produk Thailand yang berkualiti daripada pengguna Malaysia.”

“Kami memilih HeroMarket sebagai rakan kongsi untuk promosi ini kerana semangat dan sokongan berterusan mereka. Di samping itu, kami berkongsi wawasan yang sama untuk
pengguna Malaysia, iaitu untuk terus member lebih banyak pilihan produk berkualiti baik dari Thailand,” katanya.

“Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’ untuk mempromosikan produk dan budaya Thailand dengan para pelanggan kami. Kami besar hati untuk bekerjasama dengan Kementrian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand untuk inisiatif ini, dan mengalu-alukan kerjasama yang sama pada masa akan datang," kata Francis Teng, Pengarah HeroMarket.




Sepanjang tempoh perayaan, pelbagai produk baru akan dilancarkan di Malaysia. Ini termasuk snek buah-buahan inovatif dari J Fruit, produk gula-gula terkenal Thai - HACKS, keropok beras Jepun- Doca, udang goreng dan kerepek ketam - Manora, snek coklat Pocky, snek ikan rangup - 'Madam Fish', kerepek beras - Tawan, snek kacang panggang - Otori, asam manis dari Tamarind House serta makanan ringan dan minuman dari jenama antarabangsa yang dihasilkan di Thailand, seperti Schweppes + C Lemon Flavor Soft Drink, Jus 100% Malee, Birdy 3-in-1 coffee, Hales Blue Boy Syrup dan banyak lagi. Pengguna Malaysia juga boleh mendapatkan tawaran harga istimewa dari jenama sedia ada yang terdiri daripada makanan ringan, gula-gula dan minuman.

Menurut Encik Soh Vleong, Pengarah Urusan HPG Marketing, "Kami telah mengimport produk-produk Thai sejak permulaan operasi kami kira-kira tujuh tahun lalu. Produk Thai mendapat sambutan baik di Malaysia kerana rakyat Malaysia memang amat gemar dengan kebudayaan rakyat Thai yang unik, produk yang inovatif dan rasa makanan yang diterima. Menjadi sebahagian daripada 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’ telah memberi kami peluang untuk bekerjasama dengan DITP, dan kami berharap kerjasama ini akan membuka jalan untuk meningkatkan permintaan produk Thai untuk rakyat Malaysia."

"Thailand adalah salah satu daripada jiran terdekat kami, dan setiap kali rakyat Malaysia melawat Thailand untuk perniagaan atau beriadah, kebanyakan mereka membeli produk Thai semasa perjalanan mereka. Walau pun kami mempunyai pelbagai produk Thai di rak-rak kami, sebagai rakan kongsi 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’, kami dapat menawarkan lebih banyak kepada pelanggan kami yang inginkan pelbagaian produk Thai, "kata Sharon Hew, Pengurus Pemasaran HeroMarket.

Selain promosi di kedai, dua kedai utama akan menampilkan aktiviti-aktiviti khas bersempena dengan 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’. Majlis pembukaan telah diadakan di Berjaya Times Square pade 3 Ogos, 2018. Upacara kedua yang sama telah diadakan di HeroMarket Desa Tebrau pada 16 Ogos 2018 dan dirasmikan oleh Cik Patcha Wutipan daripada Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand.


Pelanggan dari Selatan boleh mengunjungi Desa Tebrau, Johor Bahru dan menikmati lebih
banyak persembahan kebudayaan Thailand bersama dengan pesta makanan Thai dan bazaar antarabangsa.


Pada 16 - 18 Ogos 2018, pelanggan yang membelanjakan lebih dari RM30 di HeroMarket, Desa Tebrau akan menerima urutan Thai percuma selama 15 minit dari Than Thara.


Sepanjang 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’, untuk setiap pembelian produk Thai RM5 di HeroMarket dari 3 hingga 31 Ogos 2018, pelanggan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Pemenang hadiah pertama akan menerima dua tiket penerbangan Phuket dengan penginapan untuk 4 Hari 3 Malam, manakala pemenang hadiah kedua berpeluang memenangi dua tiket penerbangan pulang ke Hua Hin, dengan penginapan untuk 3 Hari 2 Malam. Pemenang hadiah ketiga akan menerima hamper bernilai RM500, hadiah
keempat: hamper bernilai RM300 dan hadiah kelima: hamper bernilai RM200.

Untuk maklumat lanjut mengenai 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’, sila layari HeroMarket atau think thailand malaysia

#sabaisabaifoodfestival #sabaisabaimy

Sedapnya Mee kuning homemade

As'salam, hari nie weekend mesti best kalau buat sesuatu bersama-sama dengan keluarga, contoh bergotong-royong bersihkan rumah, pergi beriadah atau bercucuk tanaman. Untuk kaum ibu-ibu pula paling best masak menu kegemaran dan makan bersama keluarga.

Hujung minggu nie saya menggunakan masa yang ada untuk masak menu sarapan yang paling keluarga saya gemar makan iaitu mee goreng. So kali nie saya nak buat mee goreng dengan menggunakan mee kuning homemade yg memang sedap.

mesin pasta & mee falcon
Semenjak en.husband belikan mesin mee jenama falcon memang saya kena rajin kan diri la untuk membuat mee kuning homemade. Buat mee kuning nie tak susah mana pun. Campur bahan-bahan menjadi satu terus je tekan switch bagi adunan sebati terus keluar jadi mee kuning.

Bahan-bahannya;
500gm tepung gandum
200ml cecair (terdiri drp 1 biji telur dan air)
1 sudu kecil serbuk kunyit.
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya;
Sediakan air panas untuk merebus mee.Masukkan semua bahan dalam mesin, uli sebentar dan extrude.Masukkan dalam air panas dan rebus sebentar.Keluarkan, toskan.Masukkan sedikit minyak masak dan daul rata supaya mee tidak melekat.Goreng seperti biasa.

mee yang baru keluar dari mesin.

mee yang sudah siap dicelur.

mee yang sudah siap dimasak tanpa sayur(anak-anak tak makan sayur)😅😅
Falcon pasta maker nie juga boleh buat mee bentuk lain. Kalau nak buat mee warna yang menarik dengan menggunakan perwarna dari sayur-sayuran pun boleh.

Jus sayur yang sudah diblender.

pasta/mee yang sudah siap dengan bentuk dan warna yang menarik.
mesin manual buat pasta/mee

Kalau uolls tak ada mesin auto untuk membuat pasta/mee  koang boleh juga guna mesin yg manual. Selamat mencuba ye..😊🤗




HFMD - Virus yang makin serius berjangkit di Malaysia

As'salam..Hari nie semua ibu bapa risau dgn virus HFMD yg makin serius berjangkit pada anak-anak diluar sana. Anak suzie pernah kena HFMD, semasa mula-mula nampak ingatkan dia kena chicken pox, tapi sebelum nie aqil dh pernah kena dah chicken pox, bila bawa jumpa doktor baru la tau dia kena HFMD. Terus kena kuarantin tak pergi sekolah. semasa aqil kena ada biji-biji dekat tangan dan kaki. Nasib baik dekat mulut xde keluar biji-biji. Kalau tak mesti 'aqil tak nak makan & minum. Kita yang dewasa aje kena ulser dh payah nak makan & minum lagi la kalau budak-budak yg kena.



Semasa dalam rawatan kena kuarantin, saya kerapkan bagi dia mandi bila berpeluh. Bila berpeluh takut dia gatal dan nak menggaru. itu yang bahaya bila biji air pecah dan boleh mengakibatkan berjangkit pada orang sekeliling.

Saya mandikan 'aqil dengan sabun neem & tumeric dari himalaya. Semasa sapu sabun pada badan biarkan lama sedikit biar khasiat pada sabun itu menyerap pada kulit kemudian baru lah bilas dengan air. Selepas mandi saya sapukan pula dengan herbal blend cream dari shaklee. Rasa krim ini sejuk aja. Budak-budak pun selesa bila sapu dan tak rasa pedih. Alhamdulillah selepas itu aqil tak ada sibuk nak menggaru jer. selepas 2 hari pakai kan sabun n cream nampak biji-biji dekat tangan dah kecut dan kering.

Ubat untuk makan pula doktor bagi ubat demam dan tahan gatal. Dua ubat ini jangan sampai lupa pula nak bagi ye. Ia bertujuan untuk kawal suhu badan dan kurangkan rasa gatal semasa dalam rawatan. Untuk ulser dlm mulut pun doctor ada bagi utk kurangkan rasa pedih bila makan dan minum.

Sabun daun semambu/neem & tumeric(kunyit)

Herbal blend cream sejuk n nyaman je bila pakai😊

Uolls tahu tak apa itu HFMD? ok jom saya share dengan uolls kat sini..

1.Apa itu HFMD?

HFMD adalah penyakit tangan, kaki dan mulut yang disebabkan oleh jangkitan virus khasnya daripada jenis Coxsackie A16 serta Enterovirus 71 (EV71).

2.Siapa yang akan kena HFMD?

Sesiapa saja berisiko mendapat jangkitan HFMD dari dewasa hingga kanak-kanak. Tapi kanak-kanak umur bawah lima tahun mudah mendapat jangkitan HFMD ni.

3.Tanda jangkitan HFMD?

Kebiasaannya mula dengan demam, rasa tidak sihat dan kurang selera makan. Dalam masa sehari dua, luka atau ulcer di mulut akan muncul. Kebanyakan kanak-kanak mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang mungkin melepuh.

4.Berjangkit ke HFMD ni?

#YA! HFMD adalah penyakit berjangkit di mana virus penyebab boleh ditemui di hidung, tekak, cecair lepuhan kulit dan pada najis pesakit. 

5.Macam mana HFMD boleh berjangkit? 

✔ batuk atau bersin

✔ kawan sepermainan

✔ tersentuh cecair lepuhan atau najis pesakit

✔ kongsi mainan, peralatan makanan seperti sudu, garpu atau peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi.

✔ sentuh permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus seperti barang mainan

6.Langkah-langkah pencegahan:

❌ elakkan sentuh pesakit.

❌ elak kongsi peralatan makanan atau barangan peribadi.

❌ jangan sentuh tubuh seperti mata, hidung dan mulut selepas menyentuh pesakit HFMD.

✔ basuh tangan terutama lepas sentuh pesakit HFMD atau barang yg digunakan pesakit.

✔ pastikan kebersihan sekitar rumah atau tempat kerja dengan kerap mencuci.

7.Jika anak mempunyai tanda-tanda atau dah terkena jangkitan HFMD, ibu bapa mestilah:

✔ Maklumkan pusat jagaan, tadika atau sekolah anak-anak.

✔ Pastikan anak berada di rumah dan tidak dibawa ke tempat awam, sekolah, taska, tadika, pusat asuhan kerana boleh berjangkit.

✔ Amalkan budaya cuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas tukar lampin atau sentuh dan merawat lepuh.

✔ Pastikan peralatan makanan dan barangan peribadi anak sentiasa bersih dan tidak dikongsi dengan kanak-kanak lain.

✔ Sentiasa bersihkan mainan anak, lantai dan tandas menggunakan sabun dan air bersih.

✔ Pastikan pampers dibuang ke dalam tong sampah bertutup.

8.Langkah-langkah rawatan di rumah:

✔ Pesakit perlu dapat rehat yg cukup.

✔ Diberi rawatan perubatan untuk mengurangkan demam dan sakit mulut.

✔ Galakkan pesakit minum air dan makan makanan dan minuman kegemaran seperti aiskrim bagi meredakan kesakitan dan mengelakkan dehidrasi. 

***Jika anak ada tanda-tanda terkena HFMD, segera bawa ke klinik atau hospital berdekatan.






Ini contoh tanda-tanda orang dewasa yang kena HFMD