Ticker

6/recent/ticker-posts

Kolam Renang di AMA resort muar



Musim cuti sekolah lama duduk kat kampung tak ada aktiviti yang nak dibuat selain makan & borak2 dengan mak,ayah mertua,ipar duai & anak buah yang lain. Budak-budak pula sibuk main sana sini dan tengok tv.

Untuk memenuhi masa yang terluang sis merancang untuk bawa ana-anak mandi kolam. Sis pula tak berkenan nak bawa anak-anak mandi kolam awam iaitu kolam air panas sungai gersik sebab ramai sangat orang awam dekat sana. Kebersihan kolam pula di tahap tidak memuaskan dan sis tak setuju untuk anak-anak mandi disana.

So akak ipar cadangkan untuk mandi dikolam berbayar di Muar iaitu Kolam Renang di AMA Resort dekat Parit Kassim. Korang pernah dengar? Sis selalu balik kampung nie la first time kampung ada tempat bermandi-manda yang berbayar.


Selepas sarapan kami pergi menuju ke tempat yang dikatakan. Apabila smpai di sana anak-anak dah bersorak bila tengok dekat depan AMA resort ada replika ala-ala transfomer terpacak kat depan pintu masuk. Sempat la kami sekeluarga mengambil gambar kenangan sementara menunggu anak buah yang lain sampai.














Di AMA Resort & Training Centre nie selain bermandi-manda ia ada menyediakan homestay & tempat training. Klo uolls nak buat family day, majlis perkahwinan, seminar, bbq atau apa-apa aktiviti berkumpulan memang sesuai sangat buat disini. Tempat nya cantik, ada dewan makan, dewan berhawa dingin, bilik tidur, bilik tidur dorm, tandas, bilik mandi, kolam ikan, tracking game dan tempat solat pun ada.



Selepas berjalan masuk ke kawasan kolam renang kami pun mencari tempat untuk meletakkan barang. Disini ada menyediakan tempat rehat di sekeliling kawasan kolam renang. Untuk yang hendak mandi kolam bayaran yang dikenakan untuk kanak-kanak RM10 manakala dewasa RM15.






Smpai je dekat kolam renang tak sabar anak-anak nak mandi. Seronok meraka bila nmpak air pancut. Tempat tak ada la besar mana tapi selesa dan luas anak-anak nak bermain di sekeliling kolam

Uolls yang bercuti atau jalan-jalan cari makan di Muar, boleh la menginap di AMA Resort & Training Centre ini. Untuk keterangan lanjut boleh la lihat detail di bawah ini.

 BANGLO homestay 2 bilik, dan 4 bilik
✔️ Boleh muat keseluruhan tempat lebih 100 orang
🎖️1 banglo dan 3 bilik extra
🛌🏻6 bilik
🛀🏻 6 bilik air dan tandas dalam bilik
🎎3 ruang tamu besar + aircornd
🎖️bilik extra 1 ( 1 katil queen 1 katil single )
🎖️ bilik extra 2 ( 1 katil queen 2 katil single )
🎖️bilik extra 3 vip ( 1 katil queen 1 katil single )
👉🏼 aircornd
👉🏼 almari pakaian
👉🏼 selimut & bantal
👉🏼Tv ( astro anjoy channel )
👉🏼iron 
👉🏼peti ais 
👉🏼sejadah 
👉🏼surau lelaki
👉🏼surau wanita
👉🏼 2 tempat ruang bbq di kawasan pool & dewan ade tambahan cas 💸
👉🏼 set bbq
👉🏼arang
🏊🏻‍♀️ swimming pool dewasa dan kanak-kanak
🛀🏻 ruang mandi lelaki
🛀🏻 ruang mandi wanita
🎖️tempat parking yg luas.

🤴🏻👸🏻 WEDING DAY 🤵🏻👰🏻
kami ade sediakan 2 dewan terbuka & dewan tertutup + aircornd

Sebarang pertanyaan atau booking boleh 
wassap @ call 0126180343 en.izam


Cukup la smpai disini sahaja perkongsian sis. Jangan cakap sis tak payung ye..HeHeHe😁😁 Next time sis share tempat-tempat menarik yang lain ye..Bye..Bye..😊😍🤗




Post a Comment

6 Comments

  1. wowwww.. ain yg tgk ni punn asee seronok betul kalo dpt terjun kolam sini kihkihkihkih 🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Macam best aje ek...nak pergi bawa Mia laaa nanti ...

    ReplyDelete
  3. wah, harga dia pun berpatutan kan..puas hati anak2 mandi manda..

    ReplyDelete
  4. mana tau kan tersinggah ke sini, boleh la ajak bebudak mandi..confirm diorang suka

    ReplyDelete
  5. wahh.. x penah tau pun kat muar ada kolam mcm ni.. boleh la bawak anak2 dtg sini kalau balik umah nenek nanti.. hehe.. dilah baru follow suzie, sori x perasan belum follow lagi rupanya.. hihi

    ReplyDelete
  6. budak-budak tentu suka mandi kolam kat sini...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.