Cakoi mak mertuaku

Nie je gambar cakoi yang sempat diambil selepas digoreng 

Assalamualaikum semua, dah lama sis tak tulis blog. Alhamdulillah hari nie sis di beri kesempatan untuk menulis semula. Almaklum la selain part time blogger sis sibuk uruskan hal keluarga dan bisness sendiri.

Anak2 dah start cuti sekolah sempena hari raya cina. Sis sekeluarga plan cuti panjang bawa anak2 pulang ke kampung setelah sekian lama nya xbalik kampung. Bukan main seronok anak2 bila dengar nak balik kampung.
Tepung yang dh siap di bancuh..Tunggu naik sikit baru dibentukkan..

Keesokan nya kami balik kampung. Bila sampai je kampung mak mertua sis ada buat kuih cakoi. Dah lama tak makan cakoi air tangan mak mertua sis. Cakoi my MIL buat lembut dan sedap kena pula dengan kuah sos untuk cicah. Bertambah-tambah sis dengan husbnd makan laju je.๐Ÿ˜…

Last sis makan kuih cakoi sedap masa beli kat taman rinting. Kuih cakoi nya jenis ada inti ditengah-tengah nya. Macam2 perisa ada cakoi sambal, coklat, kacang, strawberry & kaya. Sekarang warung tu dah tutup. Nak cari cakoi yang berinti susah nak jumpa sekarang. Kalau ada pun yang jual semua cakoi yang biasa cicah kuah sos je. Cakoi viral yang dekat belakang Hospital Sultanah Aminah sis belum try lagi. Tunggu cik husband bawa pula.๐Ÿ˜
Nie cara nak bentukkan cakoi gambar pinjam google๐Ÿ˜Š

Sebelum nie sis ada tanya resepi cakoi dengan my MIL. Bila cuba buat chakoi berpandukan resepi my MIL tak menjadi pula cakoi sis, tak gebu macam my MIL punya.๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… Next time sis nak belajar skill nak bancuh cakoi yang betul dengan my MIL sampai jadi.๐Ÿ˜Š๐Ÿค—

5 comments

  1. Kemain sedap , nampak lembut...makan panas-panas mesti sedap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mkn panas2 mmg sedap..sbb baru goreng mmg lembut..

      Delete
  2. saya da rasa yang belakang HSA tu..housemate beli ri tu, sedap juga yang coklat..nanti akak try lerr..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ea..boleh la try nnt ajk husbnd g sana..๐Ÿ˜Š

      Delete
  3. eee yg blkg hsa tu tak pernah rasa lagi.. ni dh bacaaa alamakkkkkkk kena ler pegu cari nanti. hehehehehe

    ReplyDelete