Segmen 24 Jam Bloglist #33 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2019, iaitu tepat jam 9.00 pagi sehingga hari esok, 9.00 pagi 27 Jun 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #33 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2019.

** jom support Mia Liana....


Tepung Pelita paling sedap ''Rasa Sebulan Rindu Setahun"

TEPUNG PELITA PAYA JARAS

Tengok tajuk dah tau dah mesti sis nak kongsi cerita bertapa sedapnya Tepung pelita paya jaras.. Uolls pernah rasa tepung pelita??

Slogan ''Rasa sebulan, Rindu setahun"
Tepung Pelita yang sudah siap disusun kedalam tray.
Ia sejenis kuih putih hijau manis yang diletakkan didalam acuan yang diperbuat dari daun pandan.. Bau nya wangi, cukup lemak dan sedap dimakan.. Menjadi kegemaran ramai untuk juadah ketika berbuka puasa.


Setiap kali bulan ramadhan keluarga sebelah mertua akan buat majlis berbuka puasa beramai2.. Kakak ipar sis yang duduk di sungai buloh akan membawa tepung pelita paya jaras untuk melengkapkan juadah berbuka puasa untuk kita semua.. Memang itu yang kami semua nanti2 kan setiap tahun..


Bila tiba waktu berbuka selepas minum air & makan kurma, kami semua makan kuih tepung pelita yang dinanti2 kan.. Memang sedap tak terkata.. Sis makan sekali xcukup uollss.. rasa mcm nak je makan 1 tray tu..πŸ˜…πŸ˜… Kena la dengan slogan yang diberi ''RASA SEBULAN RINDU SETAHUN"

Untuk uolls yang belom rasa boleh lah mencuba selagi masih ada bulan ramadhan ini.. Yang tak dapat mencuba rasa boleh la tunggu dibulan ramadhan yang akan datang pula..😊🀭🀭

MERANCANG 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN


MERANCANG 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

10 malam terakhir adalah malam-malam
yang sangat kritikal, malam yang
diharapkan satu daripadanya adalah
Lailatul-Qadar yang nilainya lebih baik
daripada 1000 bulan.

Maka untuk meraih kebaikan maksimum
rancanglah ia dengan sebaik-baiknya.
Kata orang, jika kita tidak merancang
bererti kita merancang untuk gagal.

Antara amalan baik yang boleh
dirancang untuk diisi pada
malam-malam 10 terakhir ini ⤵️

1. Qiam dengan menunaikan solat sunat.
Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang qiam pada lailatul-qadar
dengan iman dan ihtisab, diampunkan
dosanya yang lalu.” (Al-Bukhari)
Qiam merupakan aktiviti yang
paling utama kerana dengan
qiam itulah dijanjikan pengampunan
dosa yang lalu.

2. Mengajak ahli keluarga bersama-sama
menghidupkan 10 malam terakhir.
Ini kerana Nabi s.a.w. memberikan
sepenuh tumpuan untuk beribadah pada
10 malam terakhir.
Baginda menghidupkan seluruh malamnya dengan ibadah, membangunkan ahli keluarganya dan mengemaskan ikatan kain sarungnya.
Ini digambarkan oleh Sayyidatuna Aisyah r.a. dengan katanya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh di dalam ibadah pada 10 malam terakhir lebih daripada apa yang dilakukan pada malam-malam yang lain.” (Muslim)
Beliau juga berkata:
“Apabila masuk 10 malam terakhir, baginda mengemaskan ikatan kain sarungnya dan menghidupkan seluruh malamnya serta membangunkan ahli keluarganya.”
(Muttafaq ‘alaih)

3. Tilawah al-Quran. Setiap orang daripada kita mempunyai kemampuan yang berbeza di dalam bacaannya. Jadi rancanglah mengikut kemampuan sendiri. Di samping itu kita boleh juga menambah beberapa surah yang mempunyai kelebihan tertentu sebagaimana yang disebutkan di dalam sepotong hadis yang bermaksud: “Idza zulzilat menyamai ½ al-Quran, qul hua Allah menyamai 1/3 al-Quran dan qul ya ayyuhal kafirun menyamai ¼ al-Quran.” (Riwayat At-Tirmizi daripada Ibn Abbas r.a.) Berdasarkan hadis ini, sesiapa yang membaca surah al-zalzalah dua kali, al-kafirun 4 kali dan al-Ikhlas 3 kali menyamai tiga kali khatam al-Quran.

4. Iktikaf.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. beriktikaf
10 malam terakhir Ramadhan.
Dan pada tahun terakhir sebelum baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.

5. Beristighfar, berzikir, berselawat ke atas nabi.

6. Membanyakkan doa.
Doa yang diajar oleh Nabi s.a.w. kepada Aisyah r.a. 


Ini hanyalah suatu cadangan daripada seorang hamba yang mengharap belas ihsan Tuhannya agar termasuk dalam kalangan hamba-hambaNya yang mendapat anugerah Lailatul-Qadar.

7. Berdakwah.
Dakwah bererti mengajak kepada Islam, beriman kepada Allah dan melaksanakan suruhan serta menjauhi laranganNya.
Usaha yang sangat besar ganjarannya dan berterusan sampai ke hari qiamat.
Maka senarikan beberapa potong ayat / hadis / tazkirah yang baik dan sebagainya.
Setiap malam hantarkan satu ayat kepada kawan-kawan di dalam group WhataApp dan sebagainya.
Satu malam daripada 10 itu adalah Lailatul-Qadar, maka kita dapat ganjaran seperti berdakwah lebih daripada 1000 bulan.

8. Bersedekah. Pastikan setiap malam diperuntukan sedekah walaupun sedikit. Senaraikan 10 individu atau organisasi yang layak menerima sedekah serta no akaun banknya supaya senang untuk kita masukkan secara online setiap malam satu orang / satu pertubuhan.

9. Taja iftar. Sekurang-kurangnya taja satu orang satu malam. Ingat! Lailatul-Qadar bermula dengan masuknya waktu maghrib.

10. Menghubungkan silaturrahim. Setiap malam, cuba hubungi ibu bapa, saudara mara khususnya yang telah lama tidak ditemui


11. Membaca buku untuk menambah ilmu atau mendengar ceramah / tazkirah dan lain-lain. Ilmu mengangkat darjat seseorang di sisi Allah s.w.t.
(Al-Mujadalah:11)

Ingat! Setiap apa yang kita rancang dan kita lakukan setiap malam pada 10 malam terakhir, satu daripadanya Inshaa Allah adalah malam istimewa itu.

Maka untuk amalan kita pada malam itu ⤵️
Solat, Tilawah, Istighfar, Doa, Sedekah, Dakwah dan lain-lain ganjarannya seperti beramal selama 1000 bulan!
hai alangkah ruginya kalau ia terlepas. Lantaran itu Nabi s.a.w. mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud ⤵️

“Sesungguhnya bulan ini (Ramadhan) telah datang kepada kamu.
Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Sesiapa yang diharamkan dari mendapat kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah diharamkan dari mendapat kebaikan seluruhnya.
Dan tidak ada orang yang diharamkan dari kebaikannya kecuali orang yang benar-benar diharamkan kebaikan untuknya.”
Riwayat Ibn Majah.

Selamat Beramal πŸ€—
Semoga kita dipermudahkan segalanya.
Aaamin.

#sharing FB

Buffet Ramadhan 2019 Di Ponderosa Golf & Country Club Johor

Sempena Preview Buffet Ramadhan di Ponderosa Golf & Country Resort tahun ini telah membawakan konsep "SAJIAN KLASIK NUSANTARA". 


Konsep kali ini membawakan sesuatu yang istimewa dari Warung Kak Limah, Masakan Salai & lebih dari 100 hidangan setiap hari.

Menu Pakej Buffet Ramadhan yang disediakan diantaranya ialah:-


ULAM-ULAMAN
Ulam Raja, Daun Selom, Pucuk Pegaga,Petai, Timun, Tomato, Mangga Muda, Nenas, Cili Padi, Ikan Masin & Telur Masin.


KERABU NUSANTARA
Kerabu Daging, Kerabu Mangga & Kerabu Kacang Botol

HIDANGAN UTAMA DI BUFFET RAMADHAN 2019 PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB
Western Appetizers & salad
Dressing & Could Sauce
Daging Tetel Asam pedas
Rendang Tok Kambing
Gulai ikan tenggiri dengan bendi
Telur beriyani pasir gudang
Labu lemak pucuk manis
Sayur goreng jawa
Nasi minyak sapi
Nasi Putih
Spaghetti Arabiata
Fried Chicken dry Chilli
Chinese butter prawn
Mix Vegetable with mushroom
Braised tofu with spring onion
STALL
Stall sup
Stall goreng
Stall panggang
Smoke Stall
Stall Nasi lemak
Stall western farish
Stall roti canai
Stall kuih abang aris
Warung Manisan
Kambing Golek Nusantara

Nasi Minyak

Spaghetti Arabiata

Mix Vegetable with mushroom

Chinese Butter Prawn

Sambal Jawa

Fried Chicken Dry Chilli

Lontong

Nasi Lemak

Labu Lemak Pucuk Manis
Aneka kuih-muih

HARGA BUFFET RAMADHAN PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB
EARLY BIRD PROMOTION
RM68 Nett /Adult
RM 35 Nett/child
Normal Price
RM78 Nett /Adult
RM 35 Nett/child
Untuk anda yang ingin membuat tempahan awal boleh hubungi +607-354 9999 atau email kepada  neba@ponderosagolf.com

Neem Balm ZM Beauty cream daun semambu serbaguna.

As'salam hari ini sis hendak kongsi dengan uolls tentang satu produk iaitu Neem Balm dari ZM Beauty..Neem Balm nie ialah cream berasaskan daun semambu..Dulu2 kalau nak guna daun semambu kena minta kat rumah orang india yang tanam pokok semambu..Kini kita tak payah nak rumit2 lagi boleh la cuba dapatkan Neem Balm ZM Beauty..





Neem Balm nie juga telah selesaikan masalah bby akid iaitu ruam di celah bontot dan celah peha yg geboo itu.. Bila bby akid pakai pampers sis akan sapu neem balm ini untuk mengelakkan dari kencing atau najis yang tajam yang boleh menyebabkan celah peha dan bontot akid menjadi kemerahan dan melecet..

Bukan itu sahaja Neem Balm ini juga ialah cream sapuan yang serbaguna bila bby akid kena gigit nyamuk sis cepat2 sapu ditempat yg bintat, tak lama tu bintat itu pun susut.. Kalau ada ruam gatal-gatal pun boleh sapu, ruam akan cepat kering..


Disini sis share mengenai Neem Balm ye..


Apa itu NEEM BALM ZMBEAUTY?

Dihasilkan menggunakan 3 bahan sahaja iaitu 

❤ Daun Neem
❤ Minyak Zaitun
❤ Lilin Lebah

Berfungsi sebagai sapuan luaran untuk melegakan 

❤ Kulit Kering
❤ Ruam Demam Campak
❤ Gatal Kulit
❤ Masalah Kulit Yang Ringan
❤ Ruam lampin

Harga 1 set RM45/60g,anda akan dapat FREE GIFT 

❤ Termometer Digital 10k unit yang pertama sahaja
❤ Casing Khas beserta KeyChain ZMBeauty


LULUS KKM!

Tarikh luput adalah 1 Tahun dari tarikh penutup dibuka

Untuk dapat kan produk ini anda boleh pergi ke laman;-

Page : NeemBalmHQ

KELEBIHAN BULAN SYA'BAN & MALAM NISFU SYA'BAN

BULAN SYA'BAN
🌸🌷🌸🌷🌸🌷🌸🌷🌸

Alhamdulillah ALLAH masih MEMBERI PELUANG kepada kita untuk hidup di bulan Sya'ban pada tahun ini.
Semoga ALLAH BERKATI kita di bulan Sya'ban dan PERTEMUKAN kita dengan bulan Ramadan.
Insya ALLAH.

Sabda Nabi s.a.w.:
"Bulan Rejab bulan ALLAH,
bulan Sya'ban bulanku, dan
bulan Ramadan bulan umatku."

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'ban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan malam LAILATUL QADARnya.

Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: ALLAH dan Rasul-Nya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya."

REJAB BULAN MENABUR BENIH. SYAABAN BULAN MENYIRAM TANAMAN. RAMADAN BULAN MENUAI.

Oleh itu, untuk mendapat kemanisan ibadat puasa pada bulan Ramadan, maka marilah kita memperbanyakkan berpuasa pada bulan Sya'ban ini sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Saidatina Aisyah r.a menyatakan :
“Tidak pernah Rasulullah s.a.w berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Syaaban (selain bulan Ramadhan). Sesungguhnya, Baginda s.a.w telah berpuasa sebulan penuh.”

Nabi Muhammad s.a.w ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah s.a.w melebihkan berpuasa pada Syaaban.

Baginda s.a.w menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Sya'ban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Sya'ban semua amalan manusia diangkat ke hadrat ALLAH. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.” 

Oleh kerana bulan Sya'ban adalah bulan Rasulullah s.a.w, maka janganlah kita lupa untuk memperbanyakkan amalan berselawat kepada Baginda s.a.w.

Bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas, berselawatlah SEKURANG-KURANGNYA 100 kali.
Bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas, berselawatlah SEKURANG-KURANGNYA 500 kali. dan
Bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, berselawatlah SEKURANG-KURANGNYA 1000 kali.

Sebelum kita berselawat, hendaklah kita MEMBACA Surah Al-Fatihah dan HADIAHKAN pada Rasulullah s.a.w.

Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang dipilih oleh ALLAH s.w.t untuk berpuasa di bulan Sya'ban dan berselawat kepada Kekasih-Nya, Rasulullah s.a.w.
Amin ya rabbal a'lamin.


KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN.
================================

Bulan Sya’ban merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Sebagaimana yang kita ketahui kelebihan Sya’ban adalah malam Nisfunya.
Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih. Di samping itu, terdapat beberapa hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban.

“Nisfu” bermakna pertengahan, separuh atau 14hb.

Antara kelebihan malam Nisfu Sya’ban ialah :

1⃣. ALLAH memperkenankan doa orang yang berdoa.

Sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya ALLAH turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar."

Dari Naufal al Bakali bahawasanya:
Sayyidina Ali r.a keluar rumah pada malam Nisfu Sya’ban dan memandang ke langit sambil berkata : "Keluar pada malam Nisfu Sya’ban Nabi Daud a.s dan memandang ke langit dan berkata, 'Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.'

2⃣. Diampunkan dosa-dosa

Daripada Syaidatina Aisyah r.a berkata:
" Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.

Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.

Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika Baginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: 'Tahukah kamu malam apakah ini?' "

Berkata Aisyah: " ALLAH dan Rasulnya yang lebih tahu "

Berkata Baginda : " Malam ini adalah malam Nisfu Sya’ban, sesungguhnya ALLAH memandang dan mengampuni hamba-hambanya pada malam ini."

Syaidatina Aisyah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Sesungguhnya, ALLAH s.w.t turun pada malam pertengahan (Nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb.”

3⃣. ALLAH s.w.t membuka pintu rahmat-Nya

Daripada Syaidatina Aisyah r.a berkata:
" Malam Nisfu Sya’ban aku terbangun dan Rasulullah s.a.w tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata Baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh ALLAH menurunkan rahmat-Nya dan Malaikat-Nya ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampuni dosa hambanya. "

Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah :
“Hendaklah kamu memerhatikan empat malam dalam satu tahun, kerana sesungguhnya ALLAH s.w.t membukakan pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya iaitu pada malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”

Sesetengah ahli tafsir ada yang menyatakan bahawa malam Nisfu Sya’ban juga dipanggil:

🍁 Lailatul Mubarakah (Malam Keberkatan),
🍁 Lailatul Baraah (Malam Pelepasan ),
🍁 Lailatul Qismah Wal-Taqdir (Malam Pembahagian dan Penentuan )
🍁 Lailatul Takfir (Malam Mengkifarahkan dosa).
🍁 Lailatul Ijabah (Malam Diperkenankan Doa),
🍁 Lailatul Syafaah (Malam Syafaat )
🍁 Lailatul Idil Malaikah (Malam Raya Malaikat).
🍁 Lailatul Hayat (Malam Hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Baginda s.a.w turut menyarankan kepada kita umatnya untuk memperbanyakkan amal kebajikan pada malam tersebut.

Disunatkan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat (Taubat, Tasbih dsb), baca Al-Quran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa .

Semoga ALLAH izinkan kita bertemu dengan Malam Nisfu Sya’ban,;dan Dia pilih kita termasuk dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beribadat.
Amin ya rabbal a'lamin.

πŸ“ Hari ini kita akan sambut malam Nisfu Sya’ban. Semoga kita dapat guna kan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Semoga segala hajat & amalan kita diterima oleh Allah S.W.T

Giveaway Cash Blogger Malaysia  

Hello Blogger Malaysia!



Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.



Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!







Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.



Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]



** support giveaway ini ya, thanks!





Giveway Pantang Plus.com Di Mialiana.com

PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!


Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.

 

Read more: http://www.mialiana.com/2019/02/giveaway-pantangpluscom-di-mialianacom.html#ixzz5f5wfW7Sz

Kolam Renang di AMA resort muar



Musim cuti sekolah lama duduk kat kampung tak ada benda yang dibuat selain makan borak2 dengan mak & ayah mertua ipar duai & anak buah yang lain.. Budak-budak pula main sana sini dan tengok tv.

untuk memenuhi aktiviti yang berguna budak2 sibuk nak mandi kolam. Sis pula tak berkenan nak bawa budak2 mandi kolam awam iaitu kolam air panas sungai gersik sebab ramai sangat orang awam dekat sana. So akak ipar suggest mandi kolam berbayar di muar iaitu Kolam Renang di AMA Resort dekat Parit Kassim. Korang pernah dengar? Sis selalu balik kampung nie la first time kampung de tempat bermandi-manda yang berbayar.

Pagi2 selepas bersarapan kami beramai2 pergi ketempat yang hendak dituju. Apabila smpai di sana anak2 seronok tengok dekat depan AMA resort je de replika ala2 transfomer terpacak kat depan pintu masuk.


Di AMA resort nie selain bermandi-manda dia boleh jadi homestay atau tempat training. Klo uolls nak buat family day boleh la stay sini. Tempat nya cantik, tandas tempat bilas dan tempat solat pun ada. Tapi sis xtau la dalam macam mana sbb sis datang nak mandi kolam je.😁


Selepas smpai tempat dituju kami pun pergi ke kawasan kolam renang. Untuk bayaran pula budak2 dikenakan RM10 manakala dewasa RM15.





Smpai je dekat kolam renang xsabar2 budak2 nak berkubang. Seronok meraka bila nmpak air pancut. Tempat tak ada la besar mana tapi selesa dan cantik tempat nya untuk beriadah.

Uolls yg bercuti dikawasan muar tak tahu nak pergi mne jgn lupa singgah kesini ye. cukup la smpai disini perkongsian sis. Jangan cakap sis tak payung ye..HeHeHe😁😁 Next time sis share tempat2 menarik yang lain ye..Bye..Bye..πŸ˜ŠπŸ˜πŸ€—

Cakoi mak mertuaku

Nie je gambar cakoi yang sempat diambil selepas digoreng 

Assalamualaikum semua, dah lama sis tak tulis blog. Alhamdulillah hari nie sis di beri kesempatan untuk menulis semula. Almaklum la selain part time blogger sis sibuk uruskan hal keluarga dan bisness sendiri.

Anak2 dah start cuti sekolah sempena hari raya cina. Sis sekeluarga plan cuti panjang bawa anak2 pulang ke kampung setelah sekian lama nya xbalik kampung. Bukan main seronok anak2 bila dengar nak balik kampung.
Tepung yang dh siap di bancuh..Tunggu naik sikit baru dibentukkan..

Keesokan nya kami balik kampung. Bila sampai je kampung mak mertua sis ada buat kuih cakoi. Dah lama tak makan cakoi air tangan mak mertua sis. Cakoi my MIL buat lembut dan sedap kena pula dengan kuah sos untuk cicah. Bertambah-tambah sis dengan husbnd makan laju je.πŸ˜…

Last sis makan kuih cakoi sedap masa beli kat taman rinting. Kuih cakoi nya jenis ada inti ditengah-tengah nya. Macam2 perisa ada cakoi sambal, coklat, kacang, strawberry & kaya. Sekarang warung tu dah tutup. Nak cari cakoi yang berinti susah nak jumpa sekarang. Kalau ada pun yang jual semua cakoi yang biasa cicah kuah sos je. Cakoi viral yang dekat belakang Hospital Sultanah Aminah sis belum try lagi. Tunggu cik husband bawa pula.😁
Nie cara nak bentukkan cakoi gambar pinjam google😊

Sebelum nie sis ada tanya resepi cakoi dengan my MIL. Bila cuba buat chakoi berpandukan resepi my MIL tak menjadi pula cakoi sis, tak gebu macam my MIL punya.πŸ˜…πŸ˜… Next time sis nak belajar skill nak bancuh cakoi yang betul dengan my MIL sampai jadi.πŸ˜ŠπŸ€—

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com


Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.



Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5bn9hDxDd