TAKOYAKI Homemade sedap.


As'salam..Anda mesti tahu apa itu TAKOYAKI!! Takoyaki ialah sejenis jemput2 jepun yang membuatkan semua orang suka akan rasa nya yang sedap rangup diluar lembut didalam. Didalam takoyaki ini diisi inti seperti sosej, baby octupus dan isi ketam serta sayur-sayuran seperti kobis dan carrot.

Dalam keluarga sis ramai peminat takoyaki. Kalau beli diluar beli 1 tak cukup. Kadang beli sampai 6 pek. Bila tak cukup sampai gaduh2 pun ada.πŸ˜… Akhirnya sis mencuba untuk membuat takoyaki sendiri. Sis terus beli pan takoyaki dekat shopee dan mencari resepi yang sesuai dan kena dengan tekak sis.

Hari nie sis nak share macam mana nak buat TAKOYAKI homemade yang sangat mudah dan sedap.

 BATTER TAKOYAKI

1 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
1 sdt baking powder
2 biji telur ayam
2 cawan air
2 sudu kecil kicap cair
secubit garam
1/2 kiub pati ayam atau 1sdb serbuk perasa ayam

p/s: sukatan cawan untuk tepung dan air mestilah sama.

FILLING

Sosej, Crab stik dan sotong biasa (saya masak dahulu dalam kuali tanpa minyak utk buang air sotong). Letak sayur-sayuran seperti kobis dan carrot jika suka (macam anak2 saya tidak suka sayur πŸ˜…).

TOPPING

Mayonis Kewpie/mayonis biasa, sos BBQ kimball (pengganti sos takoyaki), bonito flakes (boleh didapati di kedai bakery)

CARANYA

Campurkan kesemua bahan batter serta kacau sehingga sebati dan tapis dan masukkan dalam botol sos yang picit muncung 1.

Sediakan acuan takoyaki dan panaskan acuan. Masukkan separuh jer adunan batter ke dalam acuan tersebut. Kemudian letak filling seperti di atas. Tambah lagi adunan batter serta terbalik2 kan adunan tersebut (dengan menggunakan lidi sate) supaya menjadi bentuk bulat. Jangan lupa sapukan minyak masak untuk takoyaki masak garing. Masak sehingga perang. Setelah masak boleh lah diangkat untuk dihidangkan bersama sos mayo, sos BBQ kimball dan bonito flakes.

Pan takoyaki yg disapu minyak sedikit

Adunan di isi didalam botol muncung 1

Batter yang telah di isi dan diletakkan sosej didalam nya.

Takoyaki yang sudah dipusingkan

Takoyaki yang sudah siap di masak

Uolls dirumah jangan lupa mencuba resepi ini ya.. Memang betul2 sedap

SELAMAT MENCUBA..😊

9 comments

  1. wah menjadi..boleh makan puas2..ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh puas dh mkn..anak tiap2 hari minta..πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  2. Bestnyaaa...tempat membuatnya pun macam senang je ek..
    Nk tgk laa kat shoppee hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat shopee je sis lin..suzie dh puss mkn..ari2 anak requestπŸ˜…

      Delete
  3. nampak macam sedap je, hehe

    ReplyDelete
  4. Takoyaki favourite saya jugakkk. Thank you share resipi. nanti nak buat . .

    ReplyDelete
  5. kalau buat sendiri lagi puas hati kan...boleh makan banyak²

    ReplyDelete
  6. bestnya..!!! boleh buat mcm2 inti and makan puas2..
    btw salam kenal.. CT follow sini ^^

    ReplyDelete