IKAN PEKASAM MENU PEMBUKA SELERA


As'salam. Semua pasti pernah dengar nama IKAN PEKASAM. Nama itu tak asing lagi bagi pengemar makanan itu yang duduk di kawasan Kedah & Perak.

Ikan Pekasam

Ia juga telah menjadi menu kegemaran bagi peminat-peminat diseluruh malaysia untuk merasai keunikan makanan itu. Rasa nya yg masam dan masin dimasak dengan bawang dan cilipadi menjadi pembuka selera sehingga makan nasi bertambah-tambah.😊😋🤤

Tahu tak anda sejarah ikan pekasam nie??

Sejarah Ikan Pekasam

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).

Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909, [1]

Tahukah anda cara ikan pekasam ini dibuat??


Ikan yang telah direndam air garam sedia untuk disalut

Ikan pekasam ini dibuat dengan menggunakan ikan sungai. Garam digunakan untuk memerap ikan ia bertindak untuk mengukuhkan struktur daging ikan agar lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh dimakan.

Proses untuk menyalut ikan dengan beras yang telah disangan

Selepas ikan disiang dan dibersihkan, ikan akan dilumurkan dengan garam kasar. Ikan yang telah dilumur dengan garam disimpan selama 3 hari. Selepas itu ikan dilumurkan dengan beras yang telah disangan dan di blender kasar.

Proses untuk di peram dalam balang

Kemudian letak ikan yang sudah disalut dengan beras kedalam balang bertutup dan tabur beras hancur berserta dengan asam keping selang seli sehingga selesai. Tujuan untuk letak asam keping ialah untuk mempercepatkan proses pekasam. Selepas itu masukkan air masak sehingga tenggelam ikan tadi. Tutup balang dan pastikan jangan ada serangga masuk. Peram ikan yang telah siap di salut selama 2 minggu sehingga menjadi ikan pekasam.

Ikan Teroboi
Ikan Lampam
Ikan Loma

Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah seperti ikan Sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan air tawar lain seperti ikan Teroboi, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kalui, loma, toman, sebarau, tilapia dan belida juga boleh digunakan. Ikan sepat merupakan pilihan utama.

Ikan Pekasam Tradisi Lenggong

Ikan Pekasam yang siap digoreng dengan cili padi, bawang & limau kasturi

Saya paling suka ikan pekasam dari lenggong perak. Rasa masam dan masin memang cukup, tidak sama dengan pekasam lain sebab ikan ini dibuat mengikut resepi tradisi lenggong.

Jika anda berminat untuk mencuba ikan pekasam lenggong yang paling sedap boleh la hubungi no di bawah.

Ikan Pekasam Lenggong
013-7766580 atau click link whatsapp dibawah:-
Pekasam Lenggong

29 comments

  1. wahh sy suke ikan pekasamm����

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum suzie....nampak mcm sedap jee..pembuka selera ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmemang sedap mama..semua org suka..time hujung2 bln mkn nie pn sedap..hehe

      Delete
  3. Aduyai... Terus terliur tengok! Dah laaa lunch hour ni. Hehee
    Baru tau cara buat ikan pekasam ni. Thanks sharing

    ReplyDelete
  4. airah memang suka sangat ikan pekasam ni.satu family suka.dulu opah la rajin buatkan.sekarang beli je sendiri

    ReplyDelete
  5. Wowww ikan pekasam sedapnya. Jarang sangat dapat makan ikan pekasam. Kalau sesekali dapat makan tu, memang bertambah-tambah la nasi jawabnya. Tetiba rasa teringin pulak.

    ReplyDelete
  6. Suka makan sangat ikan pekasam tu, jika ada orang boleh buat bagi saya buat setiap hari memanglah bagus sekali.

    ReplyDelete
  7. Ini dapat ngan nasi panas memang tak berenti makan jawabnya. Berlumba2 menambah nasi.

    ReplyDelete
  8. great recipe.. nice to cook it this way... really appetizing.. looks so yummy to eat like this!

    ReplyDelete
  9. Liez suka sgt ikan pekasam.. klau boleh nak beras byk sebab bila mkn nasi mmg terangkat.. liez belajar makan pekasam masa berpindah ke alor setar.. rumah mmg sebelah sawah dan boleh tgk makcik2 sekitar tu tangkap ikan dan buat pekasam..

    ReplyDelete
  10. Ikan pekasam ni buat goreng makan dengan nasi putih panas macam tu je pun dah cukup. Kalau buat lauk lagi terangkat rasa dia.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah terkeliur air liur tgok ikan perkasam. Mmg fav ni ikan pekasam. Makan dengan nasi putih panas. Memang best. Adui tiba2 nk cari pulak ni

    ReplyDelete
  12. Musim sejuk gini. Memang syok makan camni. Cuit skit skit. Sekali habis sekor Ikan. Hahaha. Ruby suka banyak bawang. Nyummmyy!

    ReplyDelete
  13. telan ailio la plak tengok ikan pekasam ni..makan dengan nasi panas panas pun layan gak ni

    ReplyDelete
  14. ya Allah, terliur rasanya tengok ikan pekasam tu. memang kegemaran sy nie. makan dengan nasi panas-panas. perah limau bubuh cili dan bawang. perghhhs edapnya. nanti nak carilah

    ReplyDelete
  15. Ramai suka makan ye, nad je ke tak suka makan..hahaa..haritu husbnd ada bawak balik, cuba rasa macam pelik je..ahhaa..memang tak boleh masuk tekak

    ReplyDelete
  16. Ya allah..tengah berpantang makan ni la dia tayang plak plak ikan pekasam...dh la fav akak tu nak plak pekasam ikan tilapia...kejam la ko dik....

    ReplyDelete
  17. Wow. Sangat-sangat memecahkan liur la bila tengok gambar first tu. Rawlins hanya makan yang mana mak Rawlins masak je hehehe.

    ReplyDelete
  18. Ya Allah ikan pekasam memang kegemaran kita kenapa ni time ni lah nak mencari susah juga nak jumpa hehehehe nak try lah yang buat sendiri ok tak wakakakka..

    ReplyDelete
  19. Awalnya sempat bingung, ikan Pekasan itu yabg kayak gimana ya?. Eehh pas buka baca dan buka lagi barubdeh lihat gambarnya klo di Indonesia namanya ikan mujair. Abby suka banget ma ikan ini jika di asin lalu di goreng nyam...nyam deh rasanya.

    Senang bisa baca sejarah ikan ini. Tq

    ReplyDelete
  20. Sedapnya ikan pekasam dah lama xmkn,ltk cili api dan bawang besar dah cukup sedap

    ReplyDelete
  21. Macam kita ikan perkasam ni buat stok juga. Kebetulan jiran depan rumah ada buat dan jual. Tapi dia guna ikan sg.pahang.
    Guna ikan kecik kecik.
    Tapi sedap. Kita suka. Sebab makan pun berdua je. Kalau ikan besar payah nak perabih.
    Selalu goreng biasa je. Xbubuh pun cili atau bawang.
    Best nya sebab boleh ratah gitu.

    ReplyDelete
  22. Suzie, ko jual ke ??
    Kalau jual Sis nak beli laaaa...

    ReplyDelete
  23. fuh terliur tengoknya.. rasa nak makan ikan pekasam lak sekarang.. meh nak catit nombor kat wasap tu.. haha.. boleh order post kan??

    ReplyDelete
  24. terus terliur tengok ikan pekasan ni...aduiii..nak jugaklah nanti try

    ReplyDelete
  25. mak aiiihhh berliur tgk ikan pekasam ni...

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete