Beza greek yogurt dengan yogurt biasa!!

greek yogurt vs yogurt biasa

Yogurt ialah produk yang serbaguna dan dapat dimakan terus dari bekas atau dapat disatukan dengan beberapa hidangan makanan salah satu nya sebagai dressing salad. Yogurt juga kaya dengan kandungan probiotik yang bagus untuk sistem penghadaman.

Walaupun ia makanan sihat tapi yang banyak menjadi pilihan ialah greek yogurt.Tahu tak korang apa perbezaan greek yogurt dengan yogurt biasa.

Perbezaan antara greek yogurt dengan yogurt biasa.

Yogurt biasa mengalami 2 kali penyaringan sedangkan greek yogurt mengalami 3 kali penyaringan. Ia membuatkan greek yogurt mempunyai kadar air yang lebih sedikit dan teksturnya lebih pekat.

Selain itu kandungan protein dalam greek yogurt lebih tinggi daripada yogurt biasa walaupun kalori nya sama tetapi kandungan protein 2 kali ganda dari yogurt biasa. Ia juga dapat membantu untuk mengawal rasa lapar bagi mereka yang sedang berdiet untuk mengawal berat badan.

Kandungan karbohidrat dalam greek yogurt lebih rendah berbanding yogurt biasa. yogurt biasa mengandungi 15~17 gram karbohidrat berbanding dengan greek yogurt sekitar 9 gram.

Greek yogurt lebih creamy dan pekat ia membuatkan kita makan akan rasa kenyang berbanding dengan yogurt biasa kelihatan cair sedikit.

Greek yogurt dikatakan baik untuk orang-orang yang ada tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung, kerana kadar natrium didalamnya tidak terlalu banyak.

Greek yogurt sangat bagus untuk tulang, rambut, darah, otot, kulit dan kartilaj manusia. Kebaikan ini diperolehi dari protein yang terdapat dalam Greek yogurt.

Greek yogurt juga sarat dengan kalsium. Greek yogurt bekalkan 18.7g kalsium yang diperlukan oleh tubuh.

Greek yogurt juga termasuk dalam kategori probiotik. Unsur penting untuk usus. Probiotik banyakkan bakteria baik dalam usus. Apabila bakteria baik kurang, usus meragam. Otak juga jadi lembab.

Greek yogurt juga ada iodin. Penting untuk kesihatan thyroid dan tingkatkan metabolisme. Makanan wajib ambil kalau nak kuruskan badan.

Sehingga kini greek yogurt menjadi pilihan makanan yang baik untuk dimakan sebagai kudapan atau sarapan yang sihat.

Uolls yang nak merasa greek yogurt yang paling sedap jom la cuba greek yogurt dari Farm Fresh memang sedap.



Ia juga ada produk susu segar yang sedap tanpa pengawet dan gula tambahan. Cubalah rasa boleh didapati dari pasaraya atau agen-agen Farm Fresh disekitar kawasan anda.


7 comments

  1. sedapnya yogurt. suka juga makan tapi jenama farm fresh belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  2. adoyaiiiii sedapnya greek yogurt..kalau nak buat overnight oat pun akak prefer greek yogurt..

    ReplyDelete
  3. sedap sangat greek yogurt ni,dah beli banyak kali dah...yummy

    ReplyDelete
  4. Nanti nak ajak Eda lah singgah rumah ko Suzie, nak beli susu...

    ReplyDelete
  5. saya suka yougurt! baru tau beza greek yogurt dengan yogurt biasa secara detail..thanks kak! lepas ni nak try farm fresh punya greek yogurt lah!

    ReplyDelete
  6. farm fresh memang pilihan saya. sekali rasa, memang boleh habis sebotol terus. hehehehe

    ReplyDelete